Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 30

2nd: Monthly Check-Up~ KUAT MAKAN

nie entry basi sbb da lame tak pegang lappy.ngeeee~

senin ritu g cek up kt KK Putrajaya.Appointment supposed at 8.40am tp taw jela kan,,nak tunggu turn ofkos la lame..so pagi2 buta aku p opis dulu..konon2 isi borang kua la kejap..heheee.pas da jmpa CC, aku pun zass ke klinik..cari parking elok2,,pastu makan jap dlm keta..mak buyong lapar!hehe

Dalam kol 7.55am tu barula lenggang kangkung masuk klinik...Dapat turn 8047..no sekarang 8007..hahaaa..tunggu turn no adelah lebih kurang 1jam 40menet..tu br regist,,belum jmp dokter lg..haaaazzabbb kan..hehee

Tok cek up kali ni,,aku wt test air kencing n cek HB..Dua2 test tu alhamdullilah,,sume ok...Then pegi bilik 16 lak..Time ni tunggu jap je..Kena check dengan JM..ala,,first time dulu pon JM jgk yang cek..Tp kannnnnn,,,,misi tu ckp berat aku da naikkkkkkkkkkkkk......Berat naik tak ape,,tp tak sama dengan usia kandungan...Aku kan baru 2 bln lebih..tetibe berat naik 1.7kg... Dulu timbang 56+ kg je. Misi tu da pesan kurangkan makanan karbohidrat mcm nasi ,roti,,kuetiow...duududuuuu..Misi tu macam taw2 je tula makanan peberet aku! Dia takut kalo berat naik,,nanti dpt beby besar or ibu dpt kencing manis...Waniey,,sile GERUN!

Yela,,dulu time muntah2 teruk, aku mane lalu nak makan sangat..Makan je uweekkkk balik...Time skarang ni aku ase selera aku makin menjadi2..tu yang makannnnn je....Lagi satu suke sangat ice blended coklat...heheeee..Kalo tak pun carrot O..makanan lak skang ni suke benor makan nasi goreng paprik..Nasi takle amik byk,,suke ratah lauk dia je...

lepas dengar misi tu ckp,,aku mulela ase tanak mkn byk da...konon2 merajuk kt diri sendiri.. ape kes!hahaha
TAKDER MAKNENYER!!!


Ok,,cek-up settled at 10am tp misi tu bagi time slip till 11am..apelagi,,aku panjang kaki ke foodcourt la..besela,,kate kuat mkn skrg..hahaha..Tapaw siap2nasi ayam dengan carrot 0...tu tok lunch kt opis la...hehehee..


Ampun la beby,,umi mmg kuat mkn skrg..Kuat makan tp malas wat keja!hahaha..Cian abah slalu kena tolong umi..Abah skarang rajin gak masak..kikiii..comeyla abah! Umi suke bila abah wat cekodok pisang leper,,da macam kerepek umi makan..sedap ooooo





p/s: b,,org puji lebih2 ni,,mlmni kite nak diner ape?ahahah


Friday, March 25

Supplements for Preggy Umi

Puan Waniey apsal tetibe rajen wat 2 entry sehari nih???hahahaaa
(maknenye kt opis xde keja la tuhhh! coiiii!!!)


Nak share pade sape2 yang bace blog ni..tau ade silent reader..terutama encit suamey!ahahaaha..
makanan and vitamin yang aku makan awal2 preggy nih..


Dulu aku tak plan pon kata nak peknen ke tak..Tapi mengikut ape yang aku penah baca dr mag/blog/cite akak2 aku,, kalo nak rancang utk peknen,,silelah makan ubat mengandungi folic acid..Folic acid ni yang aku tau untuk mengelakkan kecacatan pada baby...Tapi kann,,aku kan mmg tak planing ape mende pon,,taw2 je da melekat..hehheeee..So,aku mmgla x mkan ubat tuh mase awal2 kawen....Risau jgkkan..huuuu..


Tapi once korang da taw korang +ve preggy, korang cepat2la consume ubat tu..Slalunya kalo korang p cek clinic,,mmg Dr. akan bagi ubat folic acid tu.Tecit je obatnye,xyah minum dgn air pon da bule telan..ngeeeee


Tp aku ni manusia yang pelupa,,awal2 dlu slalu je terr-skip mkn ubat tu..mmg salah sendiri la...Sampai satu tahap,wat stick note kt depan pc,, "Eat Ur Vitamins After Breakfast!" barula aku jadi x pelupa..heheheeeeeee



ubat tecit tu-folic acid,botol besar-DHA Natal,botol tecit-Obimin


Ni satu lagi supplement yang aku amik, DHA Natal by Bio-Life dgn Obimin. Dua suplement ni aku beli atas nasihat along aku..Biasela bile aku balik rawang,,suke dapat info2 dari akak2 aku ni..diorg kan anak da ramai..heheheee. Petang tu acara keluar g Guardian semata-mata nak mencari suplement utk adik bongsu diorg nih..ahahahaaa...(tipu2,,kitorg kua sbb nak beli brg utk sambut besday syafi la.hehee) 


Melalut! ok,back to main story! DHA Natal ni menurut pharmacist tu ckp utk perkembangan otak baby..Obimin tu pulak mengandungi mcm2 jenis vitamin..Obimin ni pon ade jgk folic acid..So kalo consume 2 ubat ni dengan folic acid yang korg dpt kt clinic tuh,,da cukupla vitamin utk baby..tp jgn depend sgt pd ubat2an nihh,,kena amik makanan seimbang jgkla ok!


Lagi satu aku nak share makanan yang elok lagi berkhasiat utk ibu n baby..




~Tapawan wajib di opis~




Ni mmg kena amalkan selalu la..Sape tanak anak cerdik,,comel,,soleh kannnn..So sebagai langkah awal,,aku makan kurma,,kismis,,pistachio dengan air zam-zam...Alhamdullilah,,,kena pulak time MIL aku g umrah,,so dapatla benda2 ni free.hikkhikkkkk...pasni kalo abes,,kena beli sendiri ok! Oh ye,,,Jangan amik port dapat anak laki ke pompuan, yang penting bia baby tu cukup sifat,,sehat walafiat...sudah!



InsyaAllah,,kite ni hanya berusaha yang terbaik,,dan doakanla yang terbaik untuk kandungan tu..Jangan slalu fikir yang bukan2,,jgn stresskan diri sendiri,,,jgn gaduh dgn suami,,jg hubungan dgn ibubapa,,mertua sume..InsyaAllah...lagi satu,,aku ni tgh nak melipatgandakan usaha baca al-Quran..Azam nih!!



Sharing is Caring rite ;)))


~daaaa~




10th Weeks

Selamat hari Jumaat semua!!!! esok coti..yesssss!

Semalam aku dgn en.suamey sempat g klinik Jameaton..Supposed appointment kan 22/3 tp sbb kena p kusus n en.suamey balik jerantut,,tepaksela postponed..

Dr. scan tgk beby tecit umi ni..da ade kepala,,da nampak kaki..wahhh,,sonok2...heheehe..dan ade bunyi degup jantung pun...dup dup dup...ngeeeee..Dr. ckp beby umi ni panjang dari kepala ke kaki cume 3.5cm je..mcm sebiji kacang...alalalaaa,,tecitnye beby umi.tp kuasa Allah,,kecik cmtu da ade jantung..agak2nye jantung beby sekecik mane yek..

Ari senin ni pulak appointment kt KK Putrajaya..nanti nak timbang berat,da nek ke makin turun..ngehhhngehhhhhhhhh


Hmm,,arini ari Jumaat kan..tak sabar nak balik umah tengahri ni..en.suamey bercite2 mau masak.heheeeeeeeee....ailefyu lahhhhhhh ;)))))

Tuesday, March 22

Outstation


Assalammualaikum beby umi ;))

Arini umi bwk beby ikut umi g outstation..umi g kt Olympic Hotel,KL.Dekat je..umi takle g jaoh2,,nanti abah risau...hehehe..Lagipun umi belum habis 1st trimester lg..Umi wat keja 22-24/3 so umi harap beby dok elok2 ye..jgn wat umi sakit...umi nak wt keja smpai mlm ni..cayang beby ;)))

Sorry ye beby umi,appointment dgn Dr.Jameaton 22/3 ni umi xdpt pegi..dah umi kena pegi kusus,,cmno kan..Umi da ckp dgn abah nak scan ari kamis ke..Kite tgk cmne yek..Umi kena scan perot ni sbb umi ase perot umi skt la...Sekarang pon umi tgh batuk2..bila umi batuk,,sakit segala urat kt badan ni..Perot sampai ke bwh sakitnye..huhuu..Dugaan kan bwk beby ni..

Ok,,umi sign out dlu..


p/s: doakan abah selamat g n balik anta aki dgn wan kt jerantut



Friday, March 18

Khasiat Soya??

Khasiat Soya Hanyalah Fitnah dari Negara Barat


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a’lam


** Sumber dr sini 

FYI, aku ni mmg kureng suke minum air soya nih..tataw la nape..klo minum je mesti lekat kat tekak...tp org ckp preggy women elok minum soya kan...hmmmmmm....aku minum air zam-zam je la ;)))

 

Thursday, March 17

Kurma vs Kacang cedik vs Zam-zam

disebabkan arini mood mls kt opis,aku amek ksmptn la updet blog ni.hehee.ampun boss, sy mmg malas thp gaban..kikiii


semalam mil,fil,bil,maknjang,mokde en.suamey slmt smpai dr mekah..sonok tol dpt g sane kan..aku pon ase nak sgt g lagi.mmg xpuas dok sane 2minggu.dgr cite dr maknjang pon da excited.korang yg mude2 ni elokla klo ade rzki g sana.time muda byk tenaga. dok sana mmg kena mental fizikal fit la..

smlm,smpai2 je umah bil,sesi bongkar beg pon bermula..mmg kelakar je tgk keeksitedtan muke masing2.mil stat bagi2kan jubah. utk menantu dptla 2lai.tp besala body aku kan saiz model,panjang..heheee.badan baju muat,tang kaki kain jd senteng.hehee.takpela,jnji bule pakai.hehee

paling aku suke dpt buah kurma n kacang pistachio..org panggil kcg cedik.aku mmg suke gile kcg ni.dlu pn beli kt sane 2 3 kilo.sane dpt murah sket.mil pn ade bg sekilo kurma ajwa (kurma nabi).air zam2 pon dpt 1botol 10L tu.mmg terbaekla mil...die igt jgk menantu dia tgh peknen..ngeee..

oh ye,akak ipar aku pn peknen jgk.anak ke3.tp dia due dulu la.sil aku xpe sbb bil aku pon g umrah skli kan,so bhgian dia mmg ada.mil aku pon belikan jubah sama rata.tiada kasta disitu..hikhikk

aku ni nak upload gmbr,tp xreti sungguh gn hp cngeh laki aku ni.update blog pn kt hp,so paham2 jela klo ade typo n ayat yg skema.huhuu

ok,nak g lunch jap (br kol 11.30 pg).hahahahhha

Mengidam


wahhh,,aku da setat ngidam da nihh..abesla!

Ape yang aku dok ngidam sgt ni? Sampai aku tua klo x dpt pegi mmg aku terkilan lah..seyes! hehehee




OOOOH    NOOOOO





























aku teringin sangat ke 


SARAWAK!!!!!!!!!!
















Aku xtaw mood ape yang nak sgt bwk aku p sana...mmg teringin gilos! Dulu time Shy dok Swk, aku xde lak nak g..tp mase student mane ade duet kan..Lately ni makin membuak2 nak g sana..En.suamey pulak asek ckp xde duetla,,susah cuti la...Tekanan betul!..hehheee


Ekceli niat nak round 1 Malaysia ni..sume tempat da g..Sabah pon da smpai,tinggal Swk je belum jejak..so mmg patut la ade keinginan kt situ..Lagi satu teringin nak bwk en.suamey jln2 nek flight sbb en.suamey xpenah ase nek belon....Tak kesahla aku kua duet pon,tp mmg niat nak bwk dia...(mulia hati org kan..hikhikk)


Alkisahnya,,aku kena jd urusetia kusus di Miri (Surat pagi tadi okeh!) Tp bile dorang dok cite nek flight gegar2 la, 2 jam la, tekanan la wat aku jd cuak..Padahal da byk kali kot nek belon! Tp sebab aku masih 1st trimester. takot jadi komplikasi kat beby..Aku pon call en.suamey mintak pendapat...

and wallahhhh,,laki mak tak kasi pegi..heheheee..dia ckp jaoh n susah kalo jadi papehal....Ok,,umi menurut perintah abah! Aku pon cancel la xdpt g sane...sile cari pengganti aku okeh!

Uwaaa,,,nak pegi yang free xdpt..nak pegi sendiri dgn suami ntah bile la... 



Motif:  Arinih malas wt keja~ngehhhngehhhh




p/s: beby,,,mari lancarkan mogok kt abah!kikiiikkkk



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...