Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 15

Penghapus Dosa Menambah Pahala


Semua peknen lady mesti rasa sakit-sakit 1 badan kan...Rasanya b4 expecting pun kita da start sakit mcm senggugut tu....Bila masuk 1st trimester pulak, mula rasa loya+muntah+lembik sepanjang hari..Makanla apa saja,mesti keluar balik..Kalau tak muntah pun, korang takle bau macam2..bau minyak cap kapak pun da benci,padahal minyak tu la korang suka sapu bila pening kan!hehe

Tapi walau macamana sakit sekalipun, bakal2 umi tetap juga harungi semua ni kan..Itula orang cakap, saat sakit itu menghapus dosa kecil kita, saat melahirkan itu adalah jihad..Mulianya pengorbanan seorang ibu! (tetibe teringat mak! sobsobbb~) 


So, nak la share dgn bakal2 umi cara-cara mengatasi sakit time peknan..kalo tak banyak pun,sikit la utk dimanfaatkan bersama..Ni kopipes dr portal alamhamil


Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil

Sebelum mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam. Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah!
Sekiranya anda boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3 bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan awal ini.
Kebanyakkan wanita yang takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang kemudaratan kerpada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.

Sakit kepala

Ibu hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat. Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka yang menghadapi migrane mungkin perluu mendapat ubat yang lebih kuat dengan preskripsi doktor.

Sakit urat dan lenguh-lenguh

Selalunya akan hilang dengan sendiri. Anda boleh mengosok dan meletakkan kain atau menda suam ditempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan

Loya dan muntah

Doktor sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedidit tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Kebanyakan antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringakt bersalin. Jangan risau untuk mengambilnya. Kurang makanan berminyak, pedas dan minuman berkafin.

Demam selsema

Minum air secukupnya untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan ia terjadi di awal megandung, spray hidung akan adalah selamat digunakan. Selepas semester pertama, antihistamine biasa adalah selamat digunakan.

Batuk-batuk

Ubat batuk selalunya selamat digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincanglah dengan doktor anda untuk recomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.


*****************************************

Lately ni memang terasa back pain..Kaki pun asek lenguh2 je..da dua malam tido gantung kaki kt dinding..cian en.suamey kena ikut posisi tido bini dia ni..Maklumla,kaki kami berdua ni panjang..laki bini tinggi...

Kat ofis pun lenguh2 jugak..pakai socks orang ckp mmg da rupe berpantang..aku pulak jalan memang lari allignment! paling suka menyakat opismet2 laki yg satu bilik dgn aku.Cuba bayangkan dalam bilik ni cuma aku sorang pompuan..3 laki dok asek ngusik je..Nasib la diorg byk membantu n tak kisah bila aku bising2, ngomel bila sakit...

Bila diorg tader, kuar outstation,aku la paling gumbira..memang aman sekali..projek aku ni ha...









kaki panjang naik atas meja..buruk beno da rupa..tp nak ilangkan sakit punya pasal kannn




ni kt bwh meja..bila org dtg cepat2 turunkan kaki.gantung kaki kt kotak pulak.





pic selingan- kt umah.my tummy getting bigger!


Semalam memang susah betul nak tido..sakit kaki n beby pulak aktif..Soh en.suamey pegang perut,baru dia rasa beby kuat betul tendang perut umi dia...pastu abahnya cakap "beby,,tidoo".. On d dot beby tak tendang da..HAHA.. 
"Good ......"


4 comments:

  1. comel la plak bila gantung kaki atas meja..sure legaaaa kan??hehe!

    ReplyDelete
  2. memang lega,tp mcm buruk perangai lak..heheee...yg xbest nak pki mouse tu susahla.kena beli wireless mouse..haha..

    ReplyDelete
  3. wah...kalu la boley buat kt opis..kt opis ni tak brani la nk buat..tiba2 bos kuar dari bilik dia..naya jerk..bos tu dh la suka kuar snyap2..bunyi tapak kaki pon takde..

    ReplyDelete
  4. ellisya: wani ni dok kt bilik blkg,mmg mcm bilik stor la..tu yg best wat perangai..lgpon kpp skrg xde,tgu bos baru dtg :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...