Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 16

9th Weeks


Arini umi nak cite progress baby in umi's tummy..ngeee


Umi baca dlm mag Pa&Ma edisi tahun 2008 (mag ni maklong punye..umi malas nak beli mag bagai..infonye sama jer,,hehe) pada masa skrg beby umi ni sebesar sebijik anggur..ngeeeeee...tomey je la kann kann..tp kan,,umi tgk tummy umi ni mcm besar je...kdg2 nmpk beso,,kdg2 tu tgk keding mcm xde pape je..heheee

Skrg umi da tak muntah..PEACE!! hehee..so, umi mkn sket tp kena kerap..jap je da lapo..Umi smpai opis kol 7, mkn pkol 7.15.pkul 9lbh umi da lapo....umi bwk stok vico, beskut kering,conflakes..umi suke ngapp time keja! tade org nk mrh..yippieeee~ Kalo nak tunggu lunch pkol 1pm sory la..pkol 11,12 umi da menggigil lapo..heheee..slalu jd mangsa opismet umi ni kena la umi heret g mkn skali..kdg2 time abah ade kt umah,umi ajak abah mkn sama..b,,amek org kt opis ye..org xnak kua,,org da paking bontot keta cntekkk punye..heheee


Abah beby kann kannn sebenarnye jeles dgn beby taw..heheee..abah ckp umi lg syg beby...ish2..mane ade..umi syg dua2 buah hati umi ni..tade abah, tadela beby kan kann..umi cyg sgt kt abah,,kawan umi,,teman umi,,suami umi dunia akhirat..selalu urut umi bile umi sakit..Smlm pon abah urutkan umi..Umi da sakit kaki skg. kdg2 kt tulang belakang, pinggang lengguh..Cian kan kt umi..tp umi lega bila abah urutkan..i Love u syg~ ;)


Ok,umi sign out dl.nti umi update lg k~



Amalan Ketika Mengandung

Amalan-amalan Ketika Mengandung

hari ini aku nak berkongsi sebahagian bacaan buat semua ibu-ibu yang sedang mengandung...Mari sama-sama mengamalkan semoga kita peroleh anak-anak yang sempurna akal fikiran, anak-anak soleh & solehah sempurna agama sedari dalam alam rahim..insyaallah..
  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran
  • Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
  • Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
    • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Friday, March 11

1st: Monthly Check-up ~ UNWELL

Sejak preggy ni, omak aiii, badan aku sanggggaaattlah lemah...tiap2 hari munn...mun is MUNTAH.. memang xlarat.Makanla ape saje, keluar pon same la kuantitinye..

Agaknya mmg itu benda yang preggy women ase.Tp kadang2 kecian pd beby dlm perot ni,,cukup mkn tak dia..cukup ke khasiat yang aku bg.. Da la skrg ni mulut asek makan asam! Cian nyeee kt beby ;( Kalo aku tak mkn asam,,alamatnye mmg keja aku dok toilet jela...Tp cube behave mkn asam cket je,,hanya utk legakan tekak...


Balik umah mmg da letih, flat habes..Nasib baik jugakla keja kt opis x byk..org2 kt opis pon phm mak buyong ni x larat..wat masa skg mmg tak kua outstation la..ngeeeeee~ InsyaAllah akan kembali normal utk btugas lua pas bdn betul2 sehat!

Kandungan da masuk 2months. Cepat je rase..tak sabar nak hanbes 1st trimester..Org ckp lepas 3 bln, bdn da back to normal...Masa tu pon org ckp suke mkn byk sampai bdn naik...Ok, we'll see.. Hopefully selera mkn aku bertambah la..bia beby ni sehat..

22/3 ni ada appointment dgn dr. jameelah...nak scan beby..nak tgk ade beby ke tak...aritu da scan nampak kantung je..heheee...

28/3 pon ade appointement kt KK Putrajaya...Oooo,,umi da buat buku pink utk beby..
Bln lepas g cek kt sane sbb time tu perot mmg amatla sakit..Tp alhamdullillah,,misi yang cek aku ckp everything is normal..BP ok,  kencing ok..Sakit perot tu sbb rahim nak membesar..Tp sampai skrg, perot aku masih sakit ok! cian tak kt umi ;((

Tp kannn,,umi lg cian kt abah..Da kurang kasih sayang da gayenye..Dengan aku yg tak sehat,,keja umah pon byk en.suamey yg tlg..Masak pon da jarang..Tq cyg sbb slalu tlg org wt keja umah,,urut org,phm org..nti org bagi upah bile da cehat yek ;p



Owh,minggu ni da start coti skolah..mau jln mane yek???
(weh wani,,,ko bkn cekgu pon!! verangan mau cuti! aishhhh!!)


~DAA~



Wednesday, March 9

How it's started

ceyyy,title post mcm ape je..hehee

ekceli aku ase nak tulis something yang bule jd kenangan untuk anak aku yang bakal lahir nanti (InsyaAllah). Starting today, itupun kalo aku tak malas nak hapdet blog, aku akan coret ape yang aku ase, ape yang aku alami sepanjang proses yang penuh excited nih. (ayat2 aku ni,mcm da lame sgt tak menulis!)

Macam mane tau +ve pregnant??

Alkisahnye gini..orang yang da kwen ni akan slalu watchout menstrual dia....betul tak..lepas honeymoon, period aku dtg mcm biase..circle pon biasa, 5 hari. Then, pada awal bulan 2 aku kena p outstation di Penang. Aku tak taw angin ape mase kt sana,aku ase sangat tensen.. adela smpai pegawai tu takot tgk aku.aku ckp “sorry la,mood tgh tak elok, nak period kot!” Supposely period aku mmg kena dtg time tu klo diikutkan pd circle dia..

Ok, cite Penang kite tutup. Bukak minggu baru, aku mule ase sakit prot yang amatla sgt2…mcm senggugut tu..ok, da bajet nak period la ni..tp tunggu2, x dtg2 jgk.Perot sakit ni toksah nak ckpla,memang xley nak tido meniarap langsung. En.suamey lagi la xley ‘tekan’..hehehee

Disebabkan kerisauan yang meluap2 oleh en.suamey (sbb time dia keja aku slalu sms ckp sakit..sakit…sakit..hehee) time dia balik keja malam tu, die tros pelok aku, usap perot aku ni then ckp “Mas (opismet en.suamey) ade belikan UPT tok b. Tgkla kot2 ade beby ke”. Time tu aku ase nak tergelak kuat...sbb aku tak ase pon mcm ade beby dlm perot ni. Then en. suamey cm kecik ati aku gelakkan dia..hehee. Takmo risaukan dia, aku pon bangunla p toilet nak wt test tu..(wat test time malam ok,,pukul 12 lebih gitu)



 And taraaaaaa….








pic taken: 18/2/2011





Tak sampai 10 saat, result ni kua..double line.... Laki bini tgk UPT tu mcm tgk ape je..dua2 speechless,senyap utk beberapa menet..hihiii. Pastu aku still cm x caye..tny kt en.suamey,,ley caye ke benda ni? En.suamey ckp kalo x, esok kite p cek kt klinik…heheee..Baca balik instruction kt kertas tu, dia cakap better test dibuat waktu pagi untuk result yg lebih tepat,,tapi aku wat tengah malam pun memang clear dabeline tu..


 Dan malam tu berakhir dgn laki bini ni takle tido..
ingat2 balik memang ase kelakar..

Esoknye g cek kt klinik bwh umah tu..testnye pon same je.Dr. pon xdela nak cek perot ke ape.die juz tnya bile last month 1st period n dia calculate ckp almost 5weeks da beby..hehehee. Dpt ubat asid folic n mc for that day.Ngeeeeee~

Aku mule ase mual-loya-muntah pada 24/2/11. Masa tu aku ade kursus kt hotel Grand Continental,KL. Tengok makanan pon ase da tak best..Selalunye kalo p hotel, mknn sume sedap2,besh2..tp tah nape time tu aku ase tak slera pon. Makan pon kuar balik.Paling pelik n kelakar, satu hari tu aku bwk mak aku tido skli kt otel nu..tetibe bebau busuk.aku tnyla mak aku, “mak kentut ke” mak cakap tak…bape menet pastu aku bau lagi…”mak kentut lagi ke?” Mak aku fedup da..ahahahahaaa. Mak ckp “mane ade..idong tu da sensitip la tu” Tros lari g toilet, aku pon munnnn…kan setel tu! Huhuuu

Tu jela kot citer masa awal2 taw peknen.Alhamdullilah, memang rezeki awal..Orang cakap bunting pelamin but aku tak rasa gitu sebab aku masih sempat period sekali selepas honeymoon..


So tips untuk korang yg nak anak cepat ni, set your mind free..Jangan stress sangat fikir nak anak cepat..nak anak cepat..Just enjoy your marriage & pastikan masa yang berkualiti bersama pasangan.






Daaa



Wednesday, March 2

HAPPY FEBRUARY

Ini entry basi..heheee

Tp nak ia jadi kenangan..i’m turns to 26th on 2/2/2011. Cepat kan mase berlalu
Tahun ni dpt hadiah yang paling bermakna..Dulu time bercinta, tiap tahun en.suamey belikan hadiah mcm2. Sekarang ni da hidup berumahtangga, rupenya lagi manis. Ucapan live-xdela pakai tepon gayut pukul 12mlm!..dpt kiss lagi ;))

 Esoknye dpt surprise dr en.suamey..balik keja, bukak pintu umah tgk ade benda ni kt atas meja comel tu..Ase sangat terharu.. Teringat zaman en.suamey nak ngorat dulu..Masa kt matric kan en.suamey penah anta bunge, siap 1 hostel dengar announcement yang mak guard buat! Hahahaha. 

~munge2chentadarien.suamey~

Lagi hadiah besday, majlis sambut menantu selesai pd 5/2/2011. Lebih sebulan jarak dr tarikh nikah dgn mjls belah lelaki kan!.heheee

05feb2011

But, the most unforgettable gift is our FIRST BABY la…Discover my pregnancy on 18/2/2011 after self UPT..




AND IT’S ALL HAPPENED ON FEBRUARY~~



Tuesday, March 1

UMI to be ;)))))


ASSALAMMUALAIKUM


Lame gile kan x blogging..hahaaa


Kemalasan meluap2..


Tapi cite terbaru,,InsyaAllah bakal menjadi seorang ibu ;))))))

Dpt rezeki awal,seharusnya bersyukur...sile senyum lagi




^___________________________*

Thursday, January 20

Pn. Shazwani is back!

PrESeNTinG
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Giler lame aku x hapdet..mmg sangat bz lps jd isteri ni...lagi satu nak menulis pon kena dtg mood baru idea dtg mencurah2..huhuu

Alhamdullilah, mjls pd 1/1/11 suda pon selesai..gambar dr OP belum lg dpt..aku pon tgk gmbr dr fesbuk yang kwn2 tag..timekasih pd yang sudi dtg..ramai kawan2 yang dtg..dr member sekola rendah,uia,opismet sume..terharu! mintak maaf sbb mknn xcukup..my bad.uhuuhuuu... Hornymoon pon da setel..terasa nak hanimun lagi sekali  ;)))


Da 20 hari menjadi isteri..kehidupan mcm biasa je.bezanya bila tido mlm,bangun pagi ada suami tersayang kt sebelah..alahai,,rase mcm xnak bangun je ;ppp


Boleh dikatakan hari2 aku memasak..masak simple2 je.nasib en.suamey xcerewet tang mkn..sume dia telan.so perot laki bini ni da mula kedepan..aku suda demokkkkk....buktinya, baju bertandang yang sgt gojes tu da ketat sket tang peyot n dada..tu diaaaaa!!!. 5 feb ni mjls bertandang..agak2 sempat ke nak slim balik..asek mkn jeeeeee~

Arini en.suamey baru start keja..dari kwen aritu dia dpt cuti 2 minggu..lame gile ok! jeles! tp arini  org lain cuti taikmasam,dia kena keja lak..busanla aku dok umah sorang2..huhuu..cakap pasal keja ni,,aku nak ucap timekasih banyak2 pd opismet yang wat mjls khas "Kenangan Terindah" meraikan aku n staf/pegawai yang bertukar..aritu dpt hadiah dr diorang..Alhamdullilah,,hadiah kwen mmg sangat banyak..mmg sangat murah rezeki..dapur gas 2, periuk nasi 2, set kuali, set cawan berbondong2, periuk,bedsheet,sejadah,kain ela,blender,kettle,,,,,banyakla,xley nak ckp sume..tp sume sgt berguna..time kasih banyakkkkk banyakkkkkkk...


Last,,jom layan gmbr yg aku curik dr fb..eheheeeee


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





 




 









 






daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~









 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...