Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label flat hijau. Show all posts
Showing posts with label flat hijau. Show all posts

Tuesday, January 24

Haeqal 3 month

Hola DDD :)
Punyala lame x on blog,,taw2 je ramai bloggers da slamat melahirkan ank ye...lepas ni korang pun jd mcm aku jugakla,tak dan nak menghapdet coz bz dgn anak! Hehehee

My dear aisya pun da selamat melahirkan bb gurl..wahhh,bulela i booking ank dara u nanti..kikiiii..

Hmmm,,haeqal is 3months n 6.4kg now..sangatttt sihat n sangattt cerdik...sanggattt baikkk! Tido mlm pun da lena skrg.....



Haritu g cucuk 3bulan alhmadullilah haeqal tak demam pun ;)

Okes,tata

Tuesday, December 22

Bilik Untuk Disewa


weh korang..aku nak iklankan bilik nak bg sewa ni..kat Presint 9, putrajaya.block C tingkat 10..korang jgn riso pasal facilities sume..suma complete..ade kedai mkn melayu,,mamak,barber shop,7eleven,,klinik,,bas pon senang,,,nak p klia nek ERL pon dekat...

sape2 berminat moh email aku :wani_uiam@yahoo.com or ym aku wani_2285..tak pon call jela aku 012-3796979


Details:

Sewa bulanan: rm110 (sharing basis)

kalo xnak share bilik: rm220

Deposit: rm133 (sorang)

tak termasuk bil api,,air..tp bajet2 dlm rm5 je tok bil-bil tu sume..

ade dapor gas,,mesin basuh,,peti ais....so korang buley guna ikot sesedap rase korang...hehehee

Monday, December 7

::::kehidupanku::::

hampir 3 bln aku dok nyewa kt flat ijaw..sepanjang aku dok situ xtvt harian aku byk melepek kt umah je..balik keja,,kdg2 aku layan tv,,pastu by 10pm aku da sangap ngantok..kadang2 jgk aku p excercise kt area presint9 tu dgn housemate aku,,kak sue...pastu aku suke masak klo ade brg kt dapor.bia la masak 1 jenis pon,,janji aku kenyang..esoknye aku ley bwk tapaw ke opis..kan jimat da tu..hihiiii
ari2 tunggu bus dlm pkoi 7-7.20am. kdg aku perlu q,,sbb bus x sampai lg or org ramai sgt,,kdg2 jgk aku nek bus tanpa perlu beratur...itu paling aku suke la..ade aku kesah aku nek bus??mak x kesah nyah..hehee..lain la klo bus yg aku nek tu ade mat bangla,,indon ke,,mmg aku xmo nek slalu la mcm bus metro tu..huhuuuu..
kt opis lak sgtla busan melainkan aku wt keja yg mmg task aku..sorry to say my dear fren..heheee..kdg best la sket tp byk x besh la...yg besh aku ase time dpt mkn free..hahahaaa..yg x besh bile gaji masuk lambat..mmg ketam suci okey!!!!! member2 kt sini sume ok..dlu mmg aku kureng "kimia" sket dgn diorg,,skg ni alhamdullilah,,aku da bule get along..hehee
hmm,,ekceli sejak aku hampir nk benti ni,aku ase da xsemangat pon nk keja..sangap,,bosan,,nak cepat kua dr cni..biala org ckp aku tolak rezki sbb xnak sambung kontrak,,tp aku caye,,ade rezki aku kt tempat len..biala bg peluang kt budak2 lpsn SPM ke ape2 ke yg layak...pasni aku nk wt ape,,keja ape,,aku x tepikir lg..hahahaa,,bule la kan...
da,,penat...aku nk canang entry lain pulak!

Thursday, October 22

Ohh flat hijau..umah sewa ku....

ni aku copy dr harian metro online..apela nk jd ni..kot ye pon x tahan napsu,,kawen jela dlu..nikah gantung ke,,yg penting "benda tu" halal..huhuuu

Flat Maksiat- Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya.Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.“Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘bodoh’,” katanya.Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.“Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya.Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.“Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...